|
In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful
Well...am never a fan of Proton perhaps would never be..the thing is..I just dont understand how ppl could just blindly accept statements made by the former PM..and in addition to tt continue to worship him...sad isnt it?? He's no doubt a great man..BUT every man has his faults.................
first there was the AP issue where he claims he knew nothing about it (yeah right)..now with regards to PROTON his somewhat implying the former CEO had really made a positive impact on PROTON..and shows little (or perhaps non at all) support for the current management...
Well..perhaps he finally realised tt he cant control everyone..afterall it was him tt supported Tengku Mahaleel in the first place..and look what PROTON turned out to be..no wonder he's so bitter!!
My say..give the new management a chance..perhaps there's hope for Malaysia's car industry to finally bloom globally..(and domestically)...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saham Proton dihakis keyakinan pelabur - Mahathir
Oleh SUHANA MUTALIB
KLANG 25 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kejatuhan harga saham Proton Holdings Bhd. mencerminkan terhakisnya keyakinan pelabur terhadap masa depan pengeluar kereta kebangsaan itu termasuk kemampuannya menjalin perkongsian dengan pembuat kereta asing.
Bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat Proton berkata, para pelabur bukan sahaja diganggu oleh ketidakpastian berhubung isu penamatan perkongsian strategik oleh Volkswagen AG tetapi juga kerjasama yang diusahakan dengan pihak-pihak lain.
``Pada saya, ia bukan sahaja pada Volkswagen tetapi dengan yang lain-lain pun ada ketidaktentuan hingga menyebabkan harga saham Proton jatuh mendadak.
``Suatu ketika dahulu apabila Tengku Mahaleel (Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff) keluar dari syarikat itu, harga saham Proton pernah mencecah RM9 seunit tetapi sekarang ia hanya bernilai RM5.40 dan ada ketika turun sampai kurang dari RM5.
``Jadi saya rasa, sekarang ini nampak macam orang kurang percaya dengan pengurusan Proton,'' tegas beliau.
Sehubungan itu, kata Dr. Mahathir, Proton perlu `berbuat sesuatu' dan menetapkan kembali hala tuju syarikat bagi mengembalikan semua kepercayaan pelabur terhadapnya.
Dr. Mahathir bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Kolej WIT di Pandamaran, dekat sini hari ini.
Baru-baru ini, pengurusan Volkswagen mengumum menggugurkan perkongsian strategik kerana pihaknya dan pemilik Proton, termasuk Kerajaan Malaysia, tidak bersepakat dalam beberapa perkara.
Keadaan syarikat pembuat kereta nasional itu diburukkan lagi oleh kenyataan pengeluar kereta Korea, Hyundai dan Mitsubishi dari Jepun, bahawa mereka juga membuat sebarang rundingan untuk bekerjasama dengan Proton.
Menurut Dr. Mahathir, walaupun beliau belum dimaklumkan secara langsung oleh Proton berhubung rundingan dengan Volkswagen, syarikat kereta Jerman tersebut telah membayangkan untuk tidak meneruskan perkongsian tersebut.
``Proton tak ada maklumkan saya apa-apa tetapi Volkswagen ada maklumkan pada saya yang mereka berminat untuk bekerjasama tetapi bergantung kepada cara-caranya.
``Kalau sesuai bolehlah bekerjasama, InsyaAllah.''
Ditanya sama ada keputusan Volkswagen itu berkait dengan pelucutan jawatan Tengku Mahaleel sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Mahathir berkata: ``Yang itu saya tidak tahu, tetapi apa yang saya tahu ialah saya dan Tengku Mahaleel terlibat dalam rundingan dengan Volkswagen dan saya percaya mereka amat berminat untuk bekerjasama.
``Mungkin juga sebab dasar-dasar sudah ditukar, jadi mungkinlah kerana itu,'' kata bekas Perdana Menteri.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
4 strategi perkukuh Proton
Oleh Abdul Halim Yusoff dan Sufian A Bakar
PROTON Holdings Bhd akan mengeluarkan kenderaan dalam semua segmen bersandarkan strategi serampang empat mata yang sedang dirumus, terutama menerusi pakatan strategik dengan syarikat automotif luar negara, kata Pengarah Urusannya, Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir.
Beliau berkata, kerjasama atau pakatan strategik adalah cara untuk bergerak ke depan dewasa ini dalam industri automotif global yang begitu berdaya saing.
"Kami yakin dengan strategi ini. Justeru, kami sedang giat mencari rakan strategik yang sesuai," kata Syed Zainal yang baru menghabiskan tempoh 25 hari memimpin Proton sejak dilantik pada 1 Januari lalu.
Dalam pertemuan dengan media di Shah Alam, semalam, beliau menggariskan panjang lebar strategi untuk mengembalikan kegemilangan dan meletakkan semula Proton di landasan pertumbuhan jitu.
Strategi itu akan menumpukan kepada empat aspek iaitu produk, kualiti, kos dan sumber kakitangan.
Syed Zainal Abidin yang meraih kepakaran dalam bidang automotif ketika di Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), menjelaskan beliau menjangkakan strategi itu dapat disempurnakan dalam tempoh dua bulan ini, manakala pelaksanaan penuh yang akan diterjemahkan dalam pengeluaran model 'berjiwa baru' dalam tempoh setahun dari sekarang.
Proton, katanya, sedang menilai pilihan sama ada meneruskan pendekatan sedia ada, iaitu membangunkan sendiri model baru atau melakukannya bersama rakan strategik.
"Kami tahu kami mempunyai kelebihan dalam segmen kereta bersaiz kecil, tapi agak kurang dalam kereta bersaiz sederhana dan mewah serta tiada model dalam segmen SUV dan MPV.
"Pilihan pertama, ialah membangunkan sendiri (model) seperti sebelum ini, tetapi pembangunannya mengambil masa serta membabitkan kos tinggi dan apabila ia sedia dipasarkan, kami sudah ketinggalan.
"Opsyen lain ialah pakatan strategik, tetapi kita perlu mengubah tanggapan bahawa pakatan strategik bukan semata-mata membabitkan pengambilan ekuiti. Ia lebih daripada itu.
"Sekarang kita kena fikirkan masa depan. Apa produk yang kita hendak, contohnya MPV dan SUV. Kita kena cari siapa yang ada produk yang tepat dan sesuai dengan sasaran pasaran kita," katanya.
Beliau menjelaskan, perbincangan Proton dengan syarikat automotif luar negara terus berjalan.
Bagaimanapun, katanya, calon rakan pakatan strategik itu mestilah memenuhi tiga kriteria, iaitu sedia berkongsi produk, teknologi dan pasaran.
Namun, Syed Zainal Abidin menegaskan, sebagai pengeluar kereta nasional, agenda nasional akan terus dipertahankan, cuma ia perlu praktikal.
"Pakatan dengan syarikat automotif yang lebih kukuh perlu bagi memantapkan kedudukan Proton dalam industri yang semakin berdaya saing ini," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, Proton masih berminat membentuk hubungan strategik dengan Volkswagen AG (VW) yang terkenal dengan teknologinya.
"Rundingan (bagi pakatan itu) telah berlangsung dan kami sudah menulis kepada VW untuk mendapatkan makluman rasmi. Kami harap dalam tempoh seminggu ini akan mendapat jawapannya.
"Walaupun kita sudah dengar daripada ketua eksekutif VW (bahawa rundingan pakatan itu dibatalkan), tetapi kami berpendapat ia hanya pendapat beliau (sendiri)," katanya.
Mengulas peranan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Proton, Syed Zainal Abidin berkata, pandangan bekas Perdana Menteri itu tidak boleh diketepikan.
"Sudah tentu kami sentiasa mendengar pandangan beliau, tetapi pengurusan perlu mengambil kira (kehendak) pemegang saham," katanya.
Beliau menjelaskan, operasi harian Proton dikendalikan pengurusannya mengikut dasar yang diputuskan pemegang saham sejajar agenda nasional.
"Apabila keadaan memerlukan kami akan mendapatkan nasihat (Dr Mahathir)," katanya. (sarah says: well said!! :) )
Mengenai penjualan MV Agusta, Syed Zainal Abidin berkata, pada asasnya sememangnya ia dijual pada harga satu euro, tetapi apa yang diraih adalah jauh lebih besar mengambil kira tanggungan Proton dalam syarikat itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ain't she cute?? Cant help it must share with u guys my cute little niece's picture. She's gonna be one on the 31st..everytime i look at her picture i cant help smiling..masya to' to' :D
NIK AINA MASYA

|